Presiden Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan ke dan mengadakan mesyuarat dengan pembantu Jokargy Kenes, Majlis Tertinggi Wakil Tempatan yang bertanggungjawab di wilayah autonomi Republik Karakalpakstan dan merayu supaya perpaduan dikekalkan

Kuala Lumpur-Keadaan di wilayah autonomi Karakalpakstan, Uzbekistan dilaporkan kembali stabil  selepas dilanda rusuhan besar di ibu wilayah itu, Nukus Pada 1 dan 2 Julai lalu.

Susulan perkembangan itu, Presiden Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan dan mengadakan mesyuarat  dengan Jokargy Kenes atau Majlis Tertinggi Wakil Tempatan yang bertanggungjawab di wilayah autonomi Republik Karakalpakstan.

Dalam pertemuan berkenaan, beliau beliau merayu orang ramai untuk bersatu padu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Uzbekistan di Malaysia, ia memaklumkan sektor ekonomi termasuk perkilangan dan perniagaan telah mula kembali berfungsi.

Begitu juga dengan sistem pengangkutan dilaporkan kembali pulih.

Sebelum ini dalam tunjuk perasaan besar-besaran yang bermula pada 1 Julai lalu di Nukus, kumpulan penunjuk berasaan mencetuskan pelbagai kekacauan termasuk cuba merampas bangunan kerajaan.

Susulan perkembangan yang berlaku, bermula 3 Julai Presiden Mirziyoyev mengisytiharkan darurat sehingga 2 Ogos 2022 bagi memulihkan keadaan serta menjamin hak dan kebebasan orang awam dilindungi.

Menerusi kenyataan yang sama, ia memaklumkan kerajaan akan melakukan siasatan penuh yang berwibawa dan telus mengikut undang-undang dan norma antarabangsa.

Katanya semua tindakan yang diambil adalah mengikut undang-undang.