Kira-kira RM60 juta dana telah diluluskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kerja-kerja baik pulih fasiliti sukan di seluruh Pahang bagi tahun ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker memberitahu, sebanyak RM30 juta daripadanya bagi tujuan pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Pahang yang baharu dan dijangka siap sepenuhnya Ogos tahun depan.