Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Bukan masanya untuk menetapkan caj bayaran klinik swasta berdasarkan kadar pasaran, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, tindakan berkenaan hanya akan membebankan rakyat yang kini berhadapan dengan cabaran ekonomi yang semakin meruncing.

Khairy mendedahkan pihaknya turut menerima permintaan daripada klinik  swasta untuk menaikkan caj pembayaran.

“Ada cadangan berbeza, ada yang minta tidak ada siling berdasarkan kuasa pasaran tapi pada saya ini bukan masanya sebab rakyat berhadapan pelbagai cabaran ekonomi.

“Bagi pembayaran di fassiliti kesihatan swasta kita memang ada jadual dan kita belum lagi buat pindaan untuk caj bayaran, klinik swasta minta siling yuran konsultasi dinaikkan sebab dah terlalu lama di paras sama ini, perkara yang dibincangkan kerisauan KKM fi terlalu tinggi,” katanya ketika sidang media.

Bagaimanapun KKM, katanya, masih menjalankan perbincangan dengan pengendali perubatan klinik  swasta untuk mencari penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, beliau akan menyiasat laporan berita yang mendakwa terdapat klinik swasta menaikkan caj bayaran secara mendadak baru-baru ini.-MalaysiaGazette