Presiden Panji Malaysia, Tuan Mohd Asri Bin Awang (bersongkok) bersama pimpinan NGO menyaksikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di pawagan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Lagi fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Kali ini Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) bersama-sama ahli-ahlinya menonton filem berkenaan semalam bagi menaikkan semangat Melayu sesama mereka.

Presiden Panji Malaysia, Tuan Mohd Asri Awang berkata, Mat Kilau merupakan tokoh pejuang yang wajar dijadikan contoh.

“Mat Kilau bukan sahaja menentang penjajah tetapi beliau juga mewakili golongan yang cinta kepada agama, bangsa dan negara.

“Filem ini juga berjaya mempopularkan silat sebagai tradisi seni pertahanan diri,” katanya.

Justeru beliau menggalakkan anak muda khususnya bangsa Melayu supaya menonton filem arahan Syamsul Yusof itu.

Baginya, filem berkenaan bukan sekadar hiburan tetapi mengangkat martabat orang Melayu.

Turut hadir bersama Tuan Asri menonton filem berkenaan adalah barisan pimpinan kanan Panji Malaysia. – MalaysiaGazette