KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memantau pelaksanaan bantuan yang diumumkan sebelum ini kepada mangsa banjir di Baling, Kedah terutamanya bantuan baik pulih rumah yang terjejas.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan itu bagi memastikan tidak berlaku kelewatan khususnya bantuan membabitkan pembaikan rumah.
“Selepas banjir berlaku petang itu (4 Julai), pagi esoknya (5 Julai) itu kita umum beri bantuan tunai kepada mereka (mangsa) tetapi yang penting adalah rumah, apabila roboh perlu disegerakan dari segi pembinaan baharu atau baik pulih rumah.
Pada 5 Julai lepas, Ismail Sabri mengumumkan pemberian bantuan awal kepada kira-kira 1,490 mangsa banjir membabitkan 112 ketua isi rumah (KIR) yang melibatkan bantuan awal berbentuk wang ihsan RM1,000, bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500, bantuan barangan elektrik sebanyak RM500 serta pembaikan rumah. – BERNAMA