UTTAR PRADESH – Anggota polis terkejut apabila tuk-tuk yang diarah berhenti di dalamnya terdapat 27 orang penumpang.
Rakaman sebuah video yang tular menunjukkan 27 orang itu, termasuk kanak-kanak dan warga emas, turun dari beca di Fatehpur sambil dikira oleh anggota polis.
Tuk-tuk itu biasanya boleh membawa tiga orang, tetapi ada yang diubah suai untuk memuatkan sehingga enam penumpang.
Insiden yang melibatkan tuk-tuk yang terlalu sesak ini dilaporkan dari Fatehpur, sebuah bandar di negeri paling ramai penduduk India di Uttar Pradesh.
Menurut laporan media, apabila polis cuba mengarahkan tuk-tuk berhenti kerana terlalu laju, pemandu itu cuba memecut laju.
Namun tindakan polis mengejarnya, memaksa pemandu itu berhenti.
Polis “terkejut melihat lebih dua dozen penumpang di dalam”, Rajesh Kumar, penguasa polis Fatehpur, memberitahu akhbar Times of India.
Tuk-tuk itu telah disita kerana melanggar had laju dan lebih muatan.
Video itu dilihat puluhan ribu dan ramai meninggalkan komen lucu.
Ada yang berkata, kejadian itu layak mendapat “rekod dunia”. – TOI