Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin

PEKAN – Dua beranak meninggal dunia hari ini setelah bertarung nyawa akibat kecederaan parah dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 39 Jalan Kuantan-Segamat semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kedua-dua mangsa merupakan ayah dan anak perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pada petang semalam.

Muhammad Padillah Hussin, 52, meninggal dunia di Unit Kecemasan HTAA pada jam 1.53 petang dan proses bedah siasat telah dilakukan.

“Pihak polis menerima panggilan daripada HTAA jam 6.45 petang semalam memaklumkan bahwa anak perempuan mangsa, Nurul Solehah Muhammad Padillah yang berusia 23 tahun telah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA Kuantan pada jam 6.39 petang.

“Siasatan insiden yang berlaku pada jam 11 pagi semalam mendapati mangsa pemandu kereta Proton Wira yang menghala ke Kuantan dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tayar belakang sebelah kanan lori Hino dan hadapan van Nissan,” katanya ketika ditemui di Kuala Pahang, dekat sini, hari ini.

Tambah Mohd Zaidi, kereta itu kemudian melanggar bahagian hadapan sebelah kiri lori Isuzu yang juga menuju ke Segamat lalu terbabas dan masuk semula ke laluan asal menghala ke Kuantan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN : 

Empat kenderaan terbabit dalam kemalangan, tiga cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast