Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka membuka ruang kepada syarikat farmaseutikal untuk menghantar kertas kerja mengenai produk mengandungi ganja atau canabidiol (CBD) sebelum digunakan untuk merawat penyakit tertentu di negara ini tahun depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan, pihaknya akan mengeluarkan kerangka bagi pendaftarannya tahun ini.