Onn Hafiz Ghazi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta penduduk di pesisir pantai Johor lebih berwaspada berikutan amaran fenomena air pasang besar yang dijangka bermula hari ini sehingga Ahad, 17 Julai.

Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya nelayan atau rakyat Johor yang berhasrat untuk beriadah di kawasan pantai, supaya untuk sentiasa menjaga keselamatan.

”Sila pantau keadaan cuaca dan rujuk kepada informasi agensi berkaitan sebelum memulakan aktiviti,” katanya.

Pusat Hidrografi Nasional dalam kenyataannya meminta penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara agar berhat-hati berwaspada dengan fenomena itu.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Sementara itu PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast