Seorang mekanik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kejadian 12 Julai lalu di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kejadian 12 Julai lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh K. Rajadorai, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Fatinah Abu Bakar menyebabkan kematian Mohamad Safwan Hussin berusia 32 tahun.

Sesi pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fadlin Hani Khairon.

Mengkut fakta kes, tertuduh pada hari kejadian, memandu dari arah Semambu menghala ke arah Beserah manakala mangsa dari arah Beserah menghala ke arah Semambu.

Apabila sampai di tempat kejadian, ketika mangsa sedang menunggang motosikal tiba-tiba dipercayai tertuduh masuk ke simpang sebelah kanan sebelum berlaku pelanggaran.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang bertugas sebagai Penolong Pengurus Koperasi Polisas tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saksi awam yang melihat kejadian mengesahkan tertuduh telah lari meninggalkan tempat kejadian.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000  serta menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan kes pada 19 Ogos hadapan bagi serahan dokumen dan proses lantikan peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast