Pegawai perubatan memeriksa asnaf yang sedang terlantar di kediamannya dalam sesi ziarah Lembaga Zakat Selangor di Kuala Selangor, semalam. Foto Facebook LZS

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh keluarga asnaf yang menghidap sakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan yang terlantar di sekitar Kuala Selangor menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi hantaran di Facebook, agensi itu memaklumkan, kesemua keluarga berkenaan menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan harian.

“Alhamdulillah, dengan cara ini dapatlah pihak kami mengetahui dengan lebih dekat permasalahan dan keperluan mereka.

“Setakat ini, segala keperluan asnaf masih diteruskan seperti bantuan kewangan, makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, LZS turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat dan sumbangan mereka akan disalurkan terus kepada pihak yang memerlukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast