Botol vape dengan cecair nikotin bernilai RM2.7 juta dirampas dalam ops kontraban yang dijalankan di Kajang 13 Julai lalu oleh PDRM. Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpas dan merampas botol vape yang mengandungi nikotin bernilai RM2.7 juta dan minyak diesel bersubsidi bernilai hampir RM1 dalam dua serbuan berasingan pada Rabu lalu.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, dalam serbuan pertama Op Kontraban di Kajang, serbuan yang dilakukan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merampas 25,306 botol vape disyaki mengandungi nikotin.

sindiket jual beli semula minyak diesel bersubsidi ditumpaskan di johor dalam op kontraban PDRM pada 14 Julai lalu. Ihsan PDRM

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Noorsiah memberitahu, serbuan kedua telah dilakukan oleh pasukan sama menerusi Op Kontraban di Johor Bahru, Johor pada Khamis lalu.

“Hasil serbuan berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dengan kegiatan menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.

“Dalam serbuan tersebut, seramai enam lelaki tempatan telah ditahan serta sejumlah 45,997 liter minyak diesel, empat empat buah lori, lima unit tangki minyak diesel pelbagai jenis dan peralatan telah dirampas.

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM988,850.55 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

sindiket jual beli semula minyak diesel bersubsidi ditumpaskan di johor dalam op kontraban PDRM pada 14 Julai lalu. Ihsan PDRM

Menurut Noorsiah, nilai rampasan bagi kedua-dua serbuan dalam operasi yang bermula dari 12 Julai 2022 hingga 15 Julai 2022 adalah RM3,688,850.55. – MalaysiaGazette