Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Sudah-sudahlah Anwar berbohong, rakyat sekarang sudah cerdik dan mempunyai maklumat serta berpendidikan, kata Pangarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR supaya muhasabah diri sepanjang 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah selepas parti gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, walaupun Anwar bukan perdana menteri ketika itu, tetapi parti PH yang dia kuasai telah diberi peluang mentadbir kerajaan Persekutuan.

“Kalau tidak menipu bukanlah Anwar Ibrahim namanya.

“Rakyat bukan bodoh. Rakyat sudah cerdik dan mempunyai maklumat serta berpendidikan, lebih lagi berdepan dengan 22 bulan pentadbiran kerajaan PH.

“Kenapa 22 bulan PH memerintah tidak dilaksana perkara yang dikatakan itu? Atau idea tidak masuk akal Anwar ini mendorong kerajaan PH sendiri tidak percaya kepadanya?,” soal beliau menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

Semalam, ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres PKR ke-16 di Shah Alam, Anwar dilaporkan menabur janji akan menurunkan harga petrol sekiranya beliau menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol itu sehari selepas dia memegang tampuk kuasa pada PRU15.

Shamsul kemudian menasihatkan Anwar agar berhenti daripada membohongi rakyat.

Katanya, bukan sahaja rakyat, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri pun tahu populariti bosnya yang sudah menurun.

“Sebab itu agaknya Anwar ulang semula “…kalau saya perdana menteri hari ini… esok harga minyak akan turun…” supaya orang terus bercakap mengenainya.

“Sudahlah tu…,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. rakyat TERMUNTAH HIJAU untuk dimandi dan minum kencing Pakatan Hancing dan P unah H arapan apalagi nombor2 EKOR ANWARFIKUN NI
    SAYA ulang..saya ulang ini adalah pembohongan saya

Comments are closed.