Puan Sri Normala Shamsuddin

KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin mendoakan rakan sejawatnya sebelum ini, Zalina Azman atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman berada dalam keadaan selamat.

Zalina, 58, dilaporkan hilang sejak November tahun lalu dan hebahan mengenai perkara itu sudah dibuat pihak berkuasa. 

Hope she is safe. May Allah protect you. Grant you strengh and we do care and doa. #tv3colleagues,” tulis Normala menerusi Insta Story miliknya hari ini.

Selain Normala, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba meminta Zalina agar segera pulang.

Datuk Aznil Nawawi turut berkongsi perkara sama dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi pihak polis.

Semalam, polis memberitahu, sedang giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters, sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast