KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur telah menerima 47 laporan penipuan Visa Haji Furada oleh dua ejen pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak melibatkan kerugian RM2.013 juta.
Ketua Polisnya, Datuk Azmi Abu Kassim menggesa orang ramai yang ditipu supaya membuat laporan dengan segera.
Menurutnya, setakat ini lima individu termasuk tiga lelaki yang direman tiga hari sehingga 16 Julai lalu telah diserahkan kepada Polis Kontinjen Johor untuk siasatan modus operandi yang sama.
“Beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan siasatan kes ini sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keputusan,” katanya. – MalaysiaGazette