Sebahagian motosikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan di LEKAS awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 penunggang motosikal ditahan kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi tadi.

Operasi yang bermula jam 12.01 tengah malam hingga 5 pagi itu turut menyaksikan seramai 90 individu dan 70 motosikal diperiksa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, sebanyak 95 keping POL257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Seramai 15 penunggang motosikal ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan dan 34 motosikal turut disita dalam operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi kesalahan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987, sabitan kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Bagi sabitan kali kedua atau berikutnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda antara RM10,000 hingga RM20,000.

Beliau menegaskan, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang serta menghormati pengguna jalan raya lain bagi memastikan keselamatan semua pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here