Ismail Sabri Yaakob PM harassing Prime Minister UMNO
Ismail Sabri Yaakob

KOTA BHARU – Konsep tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan sejak setahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, nilai toleransi itu bukan hanya dalam hidup bermasyarakat tetapi juga beragama dengan menghormati hak dan kewajipan antara agama Keluarga Malaysia, sekali gus mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

“Dengan tasamuh juga, Keluarga Malaysia akan lebih menghargai perbezaan antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh agama Islam.

“Sebagai kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan dan mencari titik persamaan dalam kepelbagaian melalui konsep Keluarga Malaysia dan tasamuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini. AKM Kelantan, yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital bermula semalam hingga esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast