Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak dibenarkan bertemu dengan anak, seorang lelaki bertindak ganas terhadap bekas isterinya dengan memukulnya hingga menyebabkan kecederaaan dalam kejadian di Taman Melor Ampang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 57 itu ditahan di rumah mangsa susulan laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, mangsa berusia 47 tahun telah pergi ke balai membuat aduan memberitahu, bekas suaminya berada di rumah dan telah bertindak menumbuk mukanya hingga menyebabkan cedera pada bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk.

Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Kita telah menghantar anggota pergi ke rumah mangsa dan telah menangkap suspek yang merupakan seorang penganggur.

“Semasa tangkapan dibuat, kita telah menjumpai tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dalam milikan suspek.

“Hasil ujian air kencing ke atas mendapati suspek positif dadah jenis itu. Suspek turut mempunyai sembilan rekod lampau melibatkan kes dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksanaan dan Seksyen 18A Akta Keganagasan Rumahtangga (AKRT) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara selama tahun atau denda atau kedua- duanya sekali.

Tambah beliau, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 6 iaitu memiliki ganja bawah 60 gram yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM 20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu memasukkan dadah ke dalam badan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun,” ujarnya. – MalaysiaGazette