Eric Ten Haq. Foto The Mirror.

LONDON – Pengendali baharu Manchester United, Eric Ten Hag telah menetapkan beberapa peraturan baru di mana para pemain diharuskan makan bersama selepas sesi latihan yang diadakan pusat latihan kelab itu di Carringthon.

The Mirror melaporkan, selain pemain, Ten Hag juga menggunakan peraturan itu kepada barisan staf kejurulatihannya.

Bekas jurulatih Ajax dari Belanda itu juga dikatakan telah mengatur perubahan pada menu makanan di cafe di mana para pemain akan dihidangkan makanan seperti restoran lima bintang.

“Perkhidmatan istimewa itu adalah sebahagian daripada tuntutan yang ia lakukan untuk membuat para pemain boleh menyesuaikan diri dengan menu diet pemain mengikut keperluan mereka.

“Ten Hag turut meminta chef kelab itu menyediakan hidangan istimewa untuk para pemain. Kemudian, makanan akan dihantar ke rumah setiap pemain dan setiap pemain akan mendapat menu yang berbeza mengikut keperluan,” kata laporan itu.

Masih mengenai makanan dan minuman, Ten Hag juga mempunyai satu lagi larangan untuk pemain United.

Ini kerana para pemain dilarang meminum alkohol semasa tempoh persediaan, sebelum mahu pun selepas perlawanan kerana Ten Hag mahu pasukannya berada dalam keadaan terbaik apabila mereka turun ke padang.

“Jadi, dia tidak membenarkan sebarang alkohol masuk ke dalam badan pemain kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada prestasi.

“Ten Hag juga melarang penggunaan telefon bimbit semasa waktu makan di Carrington Jadi,para pemain diharap dapat berinteraksi antara satu sama lain agar keakraban dan kesepaduan dapat terjalin dalam skuad United,” katanya. – Agensi

https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/man-utd-erik-ten-hag-27562949

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast