Rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah robot menyepit tangan kanak-kanak lelaki ketika menyertai pertandingan catur baru-baru ini.

MOSCOW – Seorang budak lelaki patah jari selepas sebuah robot yang menyertai pertandingan catur di Moscow minggu lalu bertindak menyepit jari mangsa yang berusia tujuh tahun, media Rusia.

Kejadian itu berlaku pada Chess Open di sini pada 19 Julai lalu.

Rakaman dari kamera litar tertutup menunjukkan robot berkenaan menyepit jari mangsa ketika pertengahan permainan berlangsung.

Empat individu dewasa berkejar menyelamatkan mangsa.

Presiden Persekutuan Catur Moscow, Sergey Lazarev berkata, robot itu disewa dan biasa dipamerkan.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan budak lelaki menggerakan buah caturnya.

“Sepatutnya kanak-kanak itu perlu menunggu giliran robot menggerakkan caturnya.

“Sebaliknya, kanak-kanak itu bertindak mengerakkan buah caturnya menyebabkan robot bertindak pantas mencengkam jarinya.

Lazarev berkata, ia merupakan kali pertama insiden seumpama itu berlaku.

Bagaimanapun, udak lelaki itu dapat menamatkan pertandingan hari-hari terakhir kejohanan dengan keadaan jari berbalut, lapor Tass. – Agensi