Gambar hiasan

NEW DELHI – Panahan petir telah mengorbankan 20 orang di lapan daerah di negeri Bihar di timur India dalam masa 24 jam.

Lebih banyak ribut petir dan kilat telah diramalkan berlaku di bahagian utara negeri ini pada hari Rabu dan Khamis.

Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar meminta orang ramai mematuhi nasihat pihak berkuasa pengurusan bencana negeri itu.

Beratus-ratus orang mati di India setiap tahun dalam kejadian petir semasa hujan monsun.

Salah satu punca jumlah kematian yang tinggi akibat dipanah petir kerana bilangan besar orang yang bekerja di luar rumah di India berbanding di negara lain.

Punca ini menyebabkan rakyat India lebih terdedah dengan ancaman petir.

Kumar mengumumkan pampasan sebanyak 400,00 rupee ($5,008; £4,154) untuk setiap keluarga mangsa.

Ketua menteri telah mengadakan mesyuarat minggu lalu dan meminta pihak berkuasa alat penebat penahan kilat di semua bangunan kerajaan, termasuk sekolah dan hospital, lapor akhbar The Times of India.

Kedudukan geografi negeri ini menjadikan ia sangat terdedah kepada serangan petir yang kerap berlaku semasa musim tengkujuh, kata laporan itu. – BBC