KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) wajar diadakan setelah perkiraan dari sudut ekonomi dan isu rakyat diteliti sedalam-dalamnya.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, perkara lain yang perlu diteliti iaitu isu berkata kenaikan harga barang, inflasi serta isu ramai yang kehilangan pekerjaan.
Katanya, anak muda hari ini hilang minat terhadap terhadapn politik disebabkan kurangnya faedah peluang yang boleh dimanfaatkan oleh mereka hingga menyebabkan mereka bersikap lebih pasif terhadap isu, pergeseran dan permasalahan ahli politik.
“Mungkin sifat pasif terhadap politik juga mengakibatkan jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak menepati sasaran.
“PRU-14 merupakan simbolik kuasa rakyat dibina dengan strategi politik perang saraf era media sosial dalam mendukung konsep hak asasi dan manifesto janji manis rakyat hingga membawa Pakatan Harapan (PH) menerajui politik negara.
“Namun begitu, manifesto tersebut dianggap bukan kitab suci selepas menang pilihanraya,” katanya menerusi kenyataan.
Dalam pada itu Shahir berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat dalam mendengar aspirasi anak muda untuk mendepani PRU di saat semua ahli politik giat melobi kerusi masing-masing tidak dinafikan ramai yang mengatakan keadaan politik negara pada hari ini agak stabil.
Katanya, mereka membuat perbandingan ketika Pakatan Harapan memerintah hingga berlaku perebutan kuasa antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Keadaan politik juga amat kritikal ketika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri kerana tidak mempunyai sokongan yang kuat daripada kerajaan sendiri dan pembangkang, katanya.
Jelasnya, anak muda hari ini hilang minat pada politik malah bersikap lebih pasif terhadap isu, pergeseran dan permasalahan ahli politik.
“Mungkin sifat pasif terhadap politik juga mengakibatkan jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak menepati sasaran.
“PRU-14 merupakan simbolik kuasa rakyat dibina dengan strategi politik perang saraf era media sosial dalam mendukung konsep hak asasi dan manifesto janji manis rakyat hingga membawa Pakatan Harapan (PH) menerajui politik negara,” tambahnya. – MalaysiaGazette