SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini dimaklumkan tiga anggota Exco Kerajaan Negeri disahkan positif Covid-19.
Berikutan itu, mereka tidak dapat hadir mengikuti sesi soal jawab pada persidangan hari ini.
Exco berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin negeri, V. Ganabatirau; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Timbalan Speaker DUN ketika memulakan sesi sidang pagi memohon anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain mengambil langkah pengawalan kendiri untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette