Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Menutup Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Selangor Tahun 2022 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2022

SHAH ALAM – Pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor adalah relevan bukan sahaja kerana pengalaman dan kepakarannya bahkan beliau adalah ahli UMNO yang sah.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pelantikan jawatan politik kepada Menteri Kewangan itu dilakukan melalui perbincangan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum dimuktamadkan.

“Dah dia (orang) BN, saya Pengerusi BN (Selangor), lepas itu saya bincang dengan Presiden (UMNO) dan dia memang ahli UMNO.

“Macam Tan Sri Muhyiddin Yassin (orang) Bersatu, bukan UMNO, Zafrul (orang) UMNO, sebab itu saya lantik dia jadi Bendahari BN Selangor.

“Kalau dia ahli Bersatu tak bolehlah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mempersoalkan pelantikan Tengku Zafrul sebagai Bendahari BN Selangor yang diumumkan Noh pada majlis penutupan Konvensyen BN Selangor di Setia Alam pada Ahad lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melahirkan rasa hairan dengan sikap Tengku Zafrul yang menyertai BN sedangkan beliau dilihat rapat dengan Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast