forfeiture suit UMNO MCA Najib Razak 1MDB scandal Court of Appeal appeals Palace of Justice
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Enakmen Anti-Lompat yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 menepati Perlembagaan.

Pengisytiharan itu yang dibuat oleh tujuh panel hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dengan membuat ketetapan Perkara 14A perlembagaan negeri juga tidak terbatal kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berpandangan responden mempunyai hak untuk membuat undang-undang itu bagi menentukan hak-hak keahlian mereka,” menurut penghakiman itu.

Untuk makluman, sebelum ini pada April lepas, Mahkamah Tinggi telah membenarkan DUN Pulau Pinang dan Speakernya untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan keperlembagaan Undang-undang Anti Lompat Parti negeri itu.

DUN Pulau Pinang dan Speaker, Datuk Law Choo Kiang mahu persoalan Perlembagaan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan atas dasar keputusan berhubung perkara dalam kes Nordin Salleh melawan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah diputuskan pada 1992, perlu dihujahkan lagi.

Dalam penghakimannya ketika itu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Azizan Md Arshad berkata, dalam kes Abdul Karim Abdul Ghani melawan Badan Perundangan Sabah yang melibatkan isu kehilangan kelayakan ahli DUN di bawah Perkara 74(4) Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, ini kerana hujah DUN dan Speaker adalah berdasarkan kuasa negeri untuk menggubal undang-undang mengenai kelayakan ahli DUN.

Empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan tiga writ saman pada 2020 terhadap DUN dan Speakernya untuk mencabar usul yang diperkenalkan pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil yang akan diadakan.

Zulkifli dan Afif dipecat daripada PKR pada 2020 manakala Khaliq dan Zolkifly adalah ahli Bersatu.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast