MGNews: Matrade Akan Terus Beri Sokongan Untuk Eksport Produk Makanan Ke Luar Negara

Sebanyak 22 syarikat hari ini memeterai memorandum Perjanjian Antara Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dan King Sight (HK) Group of Companies Bagi Pengeksportan Produk Agromakanan Ke Pasaran Hong Kong dan China.

Majlis menandatangani memorandum disaksikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.