Bom jenis Trench Mortar HE 2inc ditemui dalam keadaan berkarat mempunyai panjang 26 sentimenter dan ukur lilitnya 18 sm ditemui pagi Ahad oleh pekerja ECRL di Maran.

KUANTAN – Seorang pekerja Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) menjumpai sebutir objek bom lama di Paya Pasir, Maran semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,  bom berkenaan ditemui dalam keadaan berkarat namun masih aktif.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sampai di tempat kejadian yang merupakan tapak projek ECRL pukul 3 petang.

“Objek yang dijumpai disyaki bom jenis Trench Mortar HE 2 inci dalam  keadaan berkarat dan panjang 26 sentimeter (sm) serta mempunyai ukur lilit 18 sm,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda yg berlaku ketika proses pemusnahan bom yang diadakan di Pekan Awah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast