Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) bukan hanya mengundang kemarahan ahli UMNO tetapi juga rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, rakyat marah kerana rakyat percaya video Azmin adalah ‘tulen’.

“Macam mana orang yang ada skandal boleh jadi TPM. Pelik, kenapa Muhyiddin mahu Azmin jadi TPM,” katanya yang mengulas laporan Azmin dipilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai TPM tetapi namanya ditolak oleh Perdana Menteri.

Dakwa Mohd Puad, tindakan Bersatu memilih Azmin bermakna parti itu ketandusan tokoh.

Pilih Azmin bermakna, PPBM ketandusan tokoh. Patutlah Azmin tidak ikut jejak Zuraida keluar PPBM.

“Syukur kerana PM tolak nama Azmin. PM lebih tahu. Boleh jadi huru hara,” ujarnya. – MalaysiaGazette