Olivia (kiri) disamping John Travolta ketika membintangi Grease.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi legenda, Olivia Newton-John meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Beliau yang membintangi filem muzikal terkenal Grease bersama John Travolta meninggal dunia akibat kanser payudara.

Kematian pelakon tersebut diumumkan oleh suamimya, John Easterling di laman Facebooknya pada petang semalam.

“Dame Olivia Newton-John meninggal dunia dengan aman di rumahnya di California Selatan pagi ini, dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan.

“Kami meminta semua orang menghormati privasi keluarga semasa masa yang sangat sukar ini,” katanya.

Easterling memberitahu, Olivia telah menjadi simbol kejayaan dan harapan selama lebih 30 tahun berkongsi perjalanannya dengan kanser payudara.

Olivia didiagnosis dengan kanser payudara yang muncul buat kali ketiga pada 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast