KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan UMNO sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di lapan buah negeri.
Menurut beliau, ia berdasarkan kepada lawatan yang diadakan beliau selaku Timbalan Presiden UMNO baru-baru ini.
“Saya sudah pergi lapan negeri, tahap kesiapsiaannya amat baik dan semangat tinggi untuk menghadapi PRU-15. Kita mesti ada kesiapsiagaan dimana mentaliti untuk menang. Saya tidak dapat menidakkan semua jentera kita semasa sudah bersedia dan semangat untuk menang amat tinggi sekali.
“Semangat sudah ada dan kita mesti ada strategi dan kalau tidak cukup maka itu bunuh diri,” katanya merasmikan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Ia berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat beliau di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, parti harus mencalonkan calon yang rakyat mahukan bukan mengikut selera parti sahaja.
“Kita mesti turunkan calon yang pengundi nak, jangan turun calon yang kita (parti) mahukan.
“Cukup-cukuplah di Selangor Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah cakap begitu, patut kita terima,” katanya lagi. – MalaysiaGazette