Idrus Harun

PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak berada dengan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“(Kertas siasatan) tidak berada dengan kami.

“Saya tidak tahu. Ia tidak berada dengan kami,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail.

Beliau ditemui ditemui pada Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: SPRM perlu sah atau nafikan laporan kertas siasatan terhadap Nazlan

Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan dikemuka kepada Peguam Negara

Hakim Nazlan sedang disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataannya berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

“SPRM ingin memaklumkan bahawa siasatan kes ini bermula Mac lalu sudah dilengkapkan berdasarkan bukti-bukti yang dikumpulkan, dengan siasatan dijalankan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan.

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya,” kata kenyatan SPRM.’

Kenyataan SPRM itu dibuat selepas membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan telah dimulakan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Siasatan itu dibuat selepas Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hari tu AG ni yg kata dia sedang kaji kertas siasatan..hari ni dia kata tak ada pulak? Alahaiiii ni lah AG yg Ismail Sabri renew contract…memalukan sungguh

Comments are closed.