Mohamad Hassan (kanan) bersama Sulaiman Md Ali pada sidang media selepas sesi perjumpaan bersama jentera BN di MITC. Ayer Keroh hari ini.

MELAKA – Terdapat beberapa parti politik mula mendekati Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, BN bagaimanapun tidak akan terpedaya dengan cubaan itu kerana yakin ia mampu mencipta kemenangannya secara solo tanpa kerjasama dengan mana-mana parti.

“Banyak orang (parti) yang bergesel-gesel badan dekat kita, nak bersama, thank you but no thank you. Kita tak mahu tertipu lagi, kita bawa diri kita kerana kita kita dah sedar.

You want to be with a new girlfriend, go a head, no heart feeling, kita akan berseorangan dan BN boleh merampas semula kerajaan,” katanya.

Mohamad Hasan menyampaikan watikah lantikan jentera BN selepas menyampaikan ucaptama pada sesi perjumpaan bersama kira-kira 2,000 jentera BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada sesi perjumpaan bersama kira-kira 2,000 jentera BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau yakin Melaka yang telah menunjukkan kesiapsiagaan rapi menjelang PRU-15 dan mampu memberi kemenangan di lima kerusi parlimen.

“Saya yakin, Melaka boleh bagi lima kerusi Parlimen supaya kita boleh menubuhkan kerajaan dan merampas semula Putrajaya.

“Macam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, siapa sangka BN boleh menang 21 kerusi tapi kita kena lihat di mana kelemahan dan kekuatan kita,” katanya. – MalaysiaGazette