Sebahagian penyokong Najib Razak yang datang sejak awal pagi di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya.

PUTRAJAYA РSebanyak 10 buah bas membawa penyokong Datuk Seri Najib Razak  dari Pekan, Pahang ke Istana Kehakiman di sini, pagi ini.

Mereka hadir sebagai solidariti dan simpati terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Setiap bas yang membawa 44 orang penumpang telah bergerak dari Pekan pada pukul 12 tengah malam tadi.

MalaysiaGazette difahamkan, kebanyakan mereka adalah ahli UMNO di kawasan tersebut.

Menurut salah seorang penyokong yang dikenali sebagai Kak Ida, ini bukan kali pertama mereka hadir mengikuti perbicaraan melibatkan Najib.

Namun, kehadiran hari ini paling ramai.

Katanya, mereka yang datang membawa doa supaya Najib diberi keadilan sewajarnya oleh sistem kehakiman negara.

“Harapan kami hanya satu, biarlah beliau diberi keadilan,” katanya.¬†-MalaysiaGazette