asyraf wajdi banjir
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan membuat laporan polis petang ini agar satu siasatan segera dilakukan terhadap penularan keputusan penghakiman oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes penyelewengan dana SRC membabitkan Datuk Seri Najib Razak ketika prosiding mahkamah masih berjalan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, dokumen itu dimuatnaik di laman sebuah portal dan tular dalam banyak Whatsapp dan media-media sosial.

”Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli?

”Apakah ada agenda jahat untuk memperkotak-katikkan prinsip keadilan dalam negara?,” soal Asyraf Wajdi.

Justeru, beliau berkata, mahkamah perlu menafikan segera agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast