Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – 10 orang pelajar senior kolej vokasional Setapak Wangsa Maju di sini yang ditahan reman sejak Rabu bagi membantu siasatan kerana memukul dan mencederakan seorang pelajar junior  Selasa lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mereka yang berusia antara 16 hingga 20 tahun itu dibebaskan selepas selesai keterangan diambil.

“Kami kini dalam proses sedang mengemas kini dan menyiapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan dirujuk segera kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej vokasional cedera tulang rusuk dibelasah pelajar senior

Beliau menambah, siasatan awal mendapati punca pergaduhan itu disebabkan perselisihan faham kerana mangsa dikatakan tidak menghormati pelajar senior hingga membawa kepada insiden pergaduhan.

Dalam satu kenyataan lewat malam Selasa lalu, Ashari berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan sebelum mangsa memaklumkan dia telah dipukul beramai-ramai oleh rakan-rakan senior kolej semasa berada di surau asrama kolej itu,” katanya.

Akibat pukulan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit di keseluruhan badan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette