Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Remy Ishak sedang berdepan situasi sukar apabila ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.

Menerusi hantaran di Twitter, Remy memberitahu, ibunya itu masih dirawat dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya.

“Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah Md Deris,” ciapnya.

Perkongsian Remy itu mendapat perhatian warganet dan peminat setianya yang turut sama mendoakan agar diberikan kesembuhan.

Pada 2018, ibu Remy pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.

Kejadian itu menyebabkan hasrat pelakon filem Sanggar itu untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara terpaksa dilupakan. – MalaysiaGazette