Antara batu marmar yang berisi dadah jenis methamphetamine yang dijumpai polis New Wales. Foto NSW Police

NEW SOUTH WALES – Hampir dua tan dadah jenis methamphetamine telah dirampas oleh polis Australia dan ia merupakan tangkapan sindiket terbesar dalam sejarah negara itu.

Polis New South Wales (NSW Police) menemui 1,800 kilogram dadah daripada batu marmar di dalam kontena perkapalan di pelabuhan Sydney.

Menurut Ketua Detektif Polis NSW, Superintenden John Watson, angka-angka tangkapan itu mengejutkan.

“Rampasan ini adalah yang terbesar dalam sejarah Australia” katanya.

Menurut polis NSW, dadah terbabit disembunyikan dalam batu marmar dan mempunyai nilai jalanan lebih daripada A$1.6 bilion (RM498 bilion).

Susulan itu, tiga lelaki telah didakwa atas tuduhan memainkan peranan dalam mengimport dadah dari Timur Tengah.

Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah sebahagian daripada sindiket yang lebih luas yang mempunyai hubungan antarabangsa.

Polis New South Wales berkata, kumpulan itu “canggih” tetapi pegawai tidak percaya “keberanian” mereka cuba mengimport kuantiti dadah yang begitu besar tanpa dikesan.

Australia kini berada “wabak ais meth)” yang mana dadah itu menyemarakkan jenayah kekerasan, ketagihan dan masalah kesihatan mental, terutamanya dalam komuniti serantau.

Negara itu mempunyai penggunaan methamphetamine per kapita tertinggi di dunia, dengan kira-kira 6 peratus rakyat Australia (1.2 juta orang) terlibat dalam penggunaan dadah syabu itu. – Agensi

(https://www.bbc.com/news/world-australia-62683209)