Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dihadiri hampir kesemua kepimpinan parti itu.

Yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin.

Bagaimanapun, kelibat seorang lagi naib presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak kelihatan dalam taklimat khas itu.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan.

Kini sedang berlangsung ucapan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslah.

Antara yang dijadualkan memberikan ucapan adalah Zahid, peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Noryana Najwa dan Datuk Nizar Najib.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. rafizi ramli patut duduk dan bercakap dalam dewan ini…wakil dari PKR Parti Khianat rakyat Reformbasi yg hebat tu

Comments are closed.