Keadaan Lebuh Raya Interstate 80 selepas berlaku tumpahan buah tomato. Foto Twitter

CALIFORNIA – Sebuah trak yang membawa lebih daripada 150,000 biji tomato merentasi lebuh raya yang sibuk di negeri ini terbabas lalu menghumbankan muatan yang dibawa.

Tomato yang terhumban itu menyebabkan tujuh kereta terbabas hingga sebahagian besar lebuh raya Interstate 80 di sini terpaksa ditutup.

Penutupan itu menyebabkan kesesakan.

Tiga orang mengalami kecederaan ringan dan mangsa keempat berada di hospital kerana patah kaki, kata Peronda Lebuhraya California.

Semasa musim tuaian tomato, pemandu lori menggunakan lebuh raya utama untuk mengangkut buah-buahan ke seluruh negeri.

Trak yang membawa tomato itu terbabas di bahagian tengah lebuh raya, menumpahkan buah tomato di sepanjang 200 kaki lebuh raya berkenaan, menurut laporan.

Nahas itu menyebabkan ‘lautan merah’ di lebuh raya berkenaan, kata Pegawai Peronda Lebuhraya, Jason Tyhurst.

Lebuh raya itu dibuka semula selepas beberapa jam setelah kerja-kerja pembersihan selesai.

California menghasilkan lebih daripada 90% tomato diproses untuk keperluan negara dan hampir separuh untuk global, menurut Persatuan Penanam Tomato California. – BBC