Najib Razak

KUALA LUMPUR – Petisyen sembah perkenan rakyat memohon pengampunan diraja untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumpul 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari sejak ia dilancarkan.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, tanda tangan itu dijangka terus meningkat dan jangka mencapai angka 150,000 menjelang Sabtu ini.

“Sehingga kini petisyen itu telah mencapai 30,190 tanda tangan dengan 164,730 orang telah melihat petisyen itu manakala 15,207 lagi berkongsi di lain-lain platform.

“Saya menjemput orang ramai pergi ke https://chng.it/D7wsLzYX untuk menyatakan sokongan anda. Sokongan ini sangat bermakna kerana ia merupakan manifestasi rakyat terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Sementara itu, komen seorang penanda tangan petisyen, Eric Lim mendapat 87 tanda suka menganggap Najib sebagai pemimpin terbaik.

Seorang lagi penyokong, Anusuya Pathmanathan mendakwa Najib merupakan mangsa pendakwaan dan penganiayaan bermotifkan politik.

“Saya percaya kes beliau bukan sahaja bermotifkan politik malah telah dinafikan untuk mendapatkan perbicaraan secara adil. Kini Seri Paduka Baginda dan tuhan sahaja harapan rakyat untuk mengembalikan keadilan,” kata Anusuya.

Bagi Muhammad Redzuan Kadir Jalani, dasar-dasar pentadbiran yang diperkenalkan Najib banyak memberi fokus kepada kemudahan rakyat.

“Orang tua memerlukan Klinik 1Malaysia yang beliau laksanakan selama beliau menjadi Perdana Menteri. Banyak lagi (yang) beliau laksanakan untuk kepentingan rakyat ketika itu yang memerlukan bantuan dan keringanan,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Zaman dahulu khalifah Umar jaga harta perbendaharaan negara boleh sahaja sesukahati ambil untuk disedekah kepada fakir miskin orang susah. Tetapi zaman sekarang ketua negara merangkap menteri kewangan tidak boleh hendak berbelanja duit negara sesukahati. Ini mungkin silap Najib telah ambil duit bagi batuan orang tunai haji, bagi bantuan pusat sekolah pondok, sek cina, tamil, kuil-kuil, tokong-tokong dan orang susah, terutama kes banjir di Pulau Pinang sampai LGE menangis.

Comments are closed.