Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya segera membongkarkan segera penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Rafizi Ramli tidak akan berbuat demikian kerana Guan Eng kroni PKR.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, walaupun Guan Eng sudah didakwa tetapi rakyat juga ingin tahu macam mana terowong itu gaib.

Katanya, Rafizi ‘bising’ apabila projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) lewat, tetapi terowong ghaib senyap.

”Penghantaran kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019. Kelewatan itu tambah parah kerana dibekukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong,” katanya dalma hantaran di Facebook.

Secara sinis, Puad berkata, mungkin terowong Guan Eng ghaib disorok oleh orang bunian laut sampaikan ‘trak Rafizi’ tak jumpa untuk melaluinya.

“Rafizi dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) memang hipokrit. – MalaysiaGazette