Siti Jamumall mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan bernilai RM1.5 juta.

KUALA LUMPUR – Pengasas laman web perkhidmatan online yang dikenali sebagai Siti Jamumall mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan bernilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23.

Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.

Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.

“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya yang berkongsi kegembiraan mendapat kereta mewah itu di media sosialnya.

Majlis penyerahan kereta mewah Lamborghini Hurucan Mommyhana kepada Siti Jamumall berlangsung, baru-baru ini.

Jun tahun lalu, nama Siti Jamumall tular di media sosial apabila dia membuat live di Facebook mendakwa anaknya yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu telah berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta sewaktu sesi ‘live’ atau langsung di TikTok dalam tempoh enam jam.

“Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa dan sekarang saya juga adalah top 1 untuk kedudukan jualan paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya.

Sementara itu, Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.

Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan  sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik. – MalaysiaGazette