Pesawat Lufthansa. Foto Flightradar24

FRANKFURT – Juruterbang Lufthansa akan mogok lagi minggu ini, kata kesatuan buruh susulan pertikaian gaji.

Tindakan itu dijangka menyebabkan penerbangan musim panas kali ini akan menjadi huru-hara.

Ini kerana, mogok itu akan menjejaskan juruterbang kedua-dua bahagian penumpang dan kargo syarikat penerbangan itu, kata kesatuanVereinigung Cockpit (VC) yang disertai oleh 5,000 juruterbang.

Mogok pada minggu lalu telah memaksa ratusan penerbangan dibatalkan.

Juruterbang penumpang akan mogok pada hari Rabu dan Khamis manakala juruterbang kargo pula dari hari Rabu hingga Jumaat.

VC menuntut kenaikan gaji sebanyak 5.5% tahun ini, selain pampasan inflasi automatik. – Reuters