Taufan Hinnamnor menyebabkan ombak kuat di pantai bahagian selatan. Foto Twitter

SEOUL – Taufan Hinnamnor, ribut paling kuat telah melanda Korea Selatan menyebabkan hujan lebat sehingga memusnahkan jalan raya dan memutuskan talian elektrik, menyebabkan 20,000 rumah terputus bekalan elektrik.

Ketika ini beribu-ribu orang penduduk telah diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

Taufan Hinnamnor telah melanda pulau peranginan Jeju dan mendarat berhampiran pelabuhan Busan pagi tadi dan kini bergerak ke timur laut dengan angin selaju 144 kilometer (89 batu) sejam.

Ia dijangka semakin dekat ke timur China menjelang akhir minggu ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini tetapi seorang lelaki berusia 25 tahun di Ulsan masih hilang, kata pihak berkuasa.

Presiden Yoon Suk-yeol mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Isnin ketika negara itu bersiap sedia menghadapi Taufan Hinnamnor, yang dikategori sebagai ribut kuat seperti taufan Maemi yang dahsyat pada 2003.

Operasi kereta api digantung, ratusan penerbangan dibatalkan di seluruh negara dan perniagaan serta sekolah ditutup awal.

Korea Utara juga bersiap sedia menghadapi ribut itu, dengan pemimpin Kim Jong Un mengadakan mesyuarat bencana selama dua hari.

Jabatan Meteorologi Seoul berkata, taufan itu akan meninggalkan Korea Selatan pada hari Selasa tetapi akan meninggalkan kemusnahan alam.

Ia dijangka bergerak pada kadar sedikit lemah ke bandar Sapporo di utara Jepun.

Tetapi suhu permukaan laut berada beberapa darjah di atas purata, yang boleh  mengekalkan ribut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast