Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan Covid-19 ekoran angka positif yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,067 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan 4,756,909.

Manakala enam kes kematian dilaporkan termasuk satu kes berlaku di luar hospital.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan 36,255 kes kematian akibat Covid-19.

Data COVIDNOW melaporkan sejumlah 27,328 kes aktif dengan 1,277 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 69 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 40 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejumlah 25,963 kes lagi dikuarantin di rumah.

Kes sembuh yang dilaporkan dalam tempoh sama sebanyak 2,279. – MalaysiaGazette