Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.

Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.

“Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.

“Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, di sini.

Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.

“Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.

“Setakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya kerajaan memberikan kebebasan kepada media,” katanya.

Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, perdana menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.

“Seperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.

“Jadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan,” katanya. – BERNAMA

2 Komen

  1. Setelah melihat dan meneliti dlm Tik Tok, tahniah diucapkan kepada semua pasukan keselamatan tentera darat, udara, laut juga anggota keselamatan lain yang telah menjayakan raptai hari kemerdekaan dengan jayanya, kita dapat lihat bertapa bersemangatnya anak2 muda dalam mempertahankan negara. Mungkin masih belum lagi terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada legasi pimpinanan Zahid, Najib dan Hishamuddin. Jasa dan legasi anda telah meletakkan kesemua cabang pertahahanan dalam keadaan mantap, equip dengan latest technologies & tools dan siap siaga sepanjang masa!

    Raptai bersemangat sebergini sangat bagus dalam membentuk jati diri untuk anak2 kecil yang bakal dan akan memimpin negara pada masa hadapan. Janganlah biarkan pengaruh komunis atau mana2 pegaruh luar, sekularisma, LBGT, pluralisma menghantui permikiran mereka.

    Syabas dan kredit tertinggi sekali lagi diberikan kepada ketiga2 tokoh diatas!!!

  2. Sesekali sekala berilah sedikit kredit kepada ketiga2 pemimpin diatas, Najib, Zahid & Hishamuddin setelah hampir 2 penggal tanpa henti mereka difitnah, diherdik dan dimaki hamun!

    Mereka juga secara sedar atau tidak telah banyak meninggalkan jasa kepada negara!

Comments are closed.