Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak

KUANTAN – Pahang akan mula mengibarkan bendera separuh tiang ini di seluruh negeri ini selama tiga hari berturut-turut mulai esok susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaàn Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, ia menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bendera Negeri Pahang hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berturut-turut mulai esok, 10.9.2022, bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Queen Elizabeth II,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ratu Elizabeth II yang menjadi pemerintah monarki di Britain selama 70 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada hari Khamis.

Serentak pengumuman berkenaan, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.

Difahamkan seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari  sebagai penghormatan terakhir buat baginda.

Ratu Elizabeth II memegang takhta sejak tahun 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.

Putera Charles, 73, iaitu Putera Wales secara rasmi ditabalkan menjadi Raja England – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast