Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil ketika berucap pada Program Ceramah Rapat Mega Keadilan di Taman Melawati Gombak, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 SEPTEMBER 2022.

GOMBAK –  Parlimen Gombak yang dipegang Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmi Ali jadi sasaran kempen pertama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk dirampas semula kerana ia kerusi ‘pengkhianat’.

Rapat Mega Keadilan yang pertama berlangsung di Taman Malawati di sini malam tadi sebagai usaha merampas semua kerusi PKR yang telah dikhianati oleh bekas pemimpin parti itu selepas bertindak keluar hingga Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Selain kerusi Azmin, PKR juga mahu merampas kembali kerusi Parlimen Ampang yang disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamarudin.

Zuraida merupakan Ketua Wanita Keadilan ketika dia bersama Azmin, bekas Timbalan Presiden PKR dan sembilan yang lain keluar parti untuk bersama-sama mendirikan Kerajaan Perikatan Nasional bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam ceramahnya berkata, Parlimen yang disandang Azmin dan Zuraida akan menjadi milik PH semula.

“Azmin Ali aku harap kau tengok ini. Ampang Zuraida where are you? “Dua dua ini. Dulu ingat Zuraida kata bye- bye pada kita.

“Dua kerusi ini dan beberapa kerusi akan kembali kepada Pakatan Harapan. Insya-Allah PH akan menang,” kata Fahmi yang menjadi penceramah pertama.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berbua sesuatu semasa menghadiri ke Program Ceramah Rapat Mega Keadilan di Taman Melawati Gombak, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 SEPTEMBER 2022.

Dalam pada itu Fahmi menggesa penyokong PH dan PKR untuk terus menjadi penghasut kepada rakyat.

Mereka perlu mendekati jiran dan rakan serta meminta mereka keluar mengundi.

“Mahu jadi penghasut rakyat. Ada tanggungjawab dan tugas. Tanya rakan, jiran mereka akan keluar mengundi.

“Kerusi Gombak jangan ambil lewa, pastikan mereka keluar mengundi selamat atau tak. Anak cucu berusia 18 tahun automatik boleh keluar mengundi,” katanya.

Rapat Mega Keadilan turut menjadi usaha PKR untuk mantapkan jentera kempen parti itu.

Ia akan dijadikan satu jelajah di kerusi-kerusi yang dikhianati oleh bekas pemimpin PKR sebagai suntikan semangat kepada penyokong PKR dan PH.

Turut hadir menyampaikan ceramah adalah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannnya Rafizi Ramli serta naib-naib ketua parti  Datuk Seri Aminuddin Harun dan Datuk Seri Amirudin Shari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast