Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan mendiang Tun S. Samy Vellu sebagai bapa penyatuan masyarakat India.

Katanya, beliau telah melihat sendiri bagaimana bekas Presiden MIC itu menyatupadukan masyarakat India di negara ini ketika memimpin parti itu.

“Tun Samy sewaktu jadi Presiden MIC banyak menyatupadukan masyarakat India di Malaysia, perjuangan masyarakat India sama ada ekonomi sebagainya diperjuangkan oleh beliau.

“Jadi negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun Samy Vellu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Stadium Pavillion Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

Terdahulu hari ini, negara dikejutkan dengan kematian Samy selepas dimaklumkan Tan Sri Dr S. Subramaniam menerusi Facebook.

Mendiang merupakan mantan Ahli Parlimen Sungai Siput antara 1974 sehingga 2008 dan pernah menjadi Menteri Kerja Raya pada 1983 hingga 1989 dan kemudian pada 1995 sehinggalah 2008.

Samy Vellu kemudian menjadi Duta Khas ke Asia Selatan untuk beberapa tahun selepas itu.

Difahamkan, upacara pembakaran mayat akan berlangsung pada pukul 4 petang esok di Jalan Kuari, Cheras. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas Presiden MIC meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast