KUALA LUMPUR Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) di bawah terma dan syarat tertentu.

Kini urus niaga itu tertakluk kepada kelulusan Bursa Malaysia dan oleh kedua-dua pemegang saham Axiata dan DiGi.Com.

Pada bulan Jun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap cadangan penggabungan itu.

DiGi dan Axiata Group Bhd (Axiata) dalam notis kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan penggabungan itu melibatkan pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Celcom sebanyak 1.24 bilion saham oleh Axiata kepada DiGi pada harga RM17.76 bilion serta penyenaraian tambahan 3.96 bilion saham baharu Digi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Sementara itu, dalam pemfailan masing-masing dengan bursa hari ini, kedua-dua kumpulan teleko berkata SC juga telah meluluskan struktur ekuiti Bumiputera dalam DiGi susulan cadangan pelaksanaan itu, menurut kedua-dua syarikat telekomunikasi itu.

Bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada CIMB Investment Bank Bhd dan DiGi untuk mematuhi terma dan syarat tertentu yang terkandung dalam surat bertarikh 15 Sept.

Menurut DiGi , selepas cadangan penggabungan itu, saham terbitan yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia akan meningkat kepada 59.9 peratus daripada 40.4 peratus pada 31 Disember 2021, manakala peruntukan untuk warga asing susut daripada 59.6 peratus kepada 40.1 peratus.

Katanya, daripada 59.9 peratus daripada terbitan yang ditambah untuk rakyat Malaysia, 47.4 peratus akan diperuntukkan kepada bukan Bumiputera berbanding 21.6 peratus sebelum penggabungan, manakala Bumiputera akan menjadi 12.5 peratus, susut daripada 18.8 peratus.

Kepentingan langsung bukan Bumiputera dalam DiGi selepas penggabungan berdasarkan jumlah bilangan saham yang dipegang pada 31 Disember 2021 dan 3.88 bilion saham baharu DiGi berbayar penuh yang akan diterbitkan kepada Axiata, kata DiGi

Mengenai kepentingan langsung warga asing dalam DiGi selepas penggabungan, syarikat telekomunikasi itu berkata, syarikat induknya Telenor Asia Pte Ltd ialah 100 peratus badan korporat milik asing.

Kepentingan langsung warga asing dalam Digi selepas penggabungan dikira berdasarkan jumlah saham dalam DiGi pada tarikh praktik terkini 31 Disember 2021 dan 73.38 juta saham DiGi baharu berbayar penuh yang akan diterbitkan kepada Telenor Asia selepas penggabungan.

Cadangan penggabungan itu dijangka selesai dalam separuh kedua 2022.

Setelah selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat baharu digabungka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast